Saturday, May 30, 2009

Break begin No school;be relaxed...happpyy

Dear readers and commenters,

First,we must thank all the good wishes that are coming in;and the comments here.
"happy..relax.." is the general feeling after every friday..yesterday,the euphoria prevailed much longer as school break begin.But,unfortunately holidays were not holidays for me n paan as we have started course in this holiday at maktab....and its sure gonna taking all our holiday time;presure.but, love it.Hope, from here, that the path is only upwards....... in life and career that is!big sigh!
So..we wil be inactivate in these parts for a few more days...Until then.....So Loooong...

Have a great holiday;njoy this season with your family.
So lots up n coming yaar!!


"Godspeed to you Good people".


p/s: For now Life is beautiful vs busy;happy vs hectic.And moreover Joyful :) Coming soon... to this blogspot near you !!!:)

Friday, May 29, 2009

Selamat Bercuti

Sempena cuti sekolah ni 30 Mei-14 Jun, diharap warga SKSV dan P.Khas khususnya dapat memanfaatkan kelapangan yang ada ini.
saya dan mathi akan masuk maktab semula untuk 2 minggu ni, jadi jika ada kelapangan baru ler kita update blog ni ok :-p

saya tidak tahu ape yang akan berlaku pada cuti kali ini, menggembirakan atau menyedihkan.......apa pun sentiasa yang baik dan membahagiakan itu yang diharapkan.

SELAMAT BERCUTI......

Monday, May 25, 2009

x'amination week

Itz examination week....
In this coming 5 days (25th-29th May),,,,,
there will be Mid-Year Examination of pend khas SKSV for all the subjects (BM,Eng,SSAS,Math,Agama Islam,Moral,PS..)and that’s all.

Good luck to our darlingzz...
cheery wishes:):)

p/s: directions plus little guidance are given for them as we have students with mild disabilities

Saturday, May 23, 2009

Keringat Guru Pendidikan Khas.....

bagi mereka yang melihat, mendengar dan merase.....

Part 1


Part 2



terima kasih guru......

kenali ape itu PENDIDKAN KHAS....

PENDIDIKAN KHAS

Pendidikan Khas ialah program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan murid khas, termasuk penggunaan bahan khas, peralatan khas, teknik p & p mengikut tahap kebolehan & keupayaan pelajar:-

  • Perkembangan mental
  • Kestabilan emosi
  • Integrasi sosial

KANAK-KANAK KHAS

Merupakan kanak-kanak yang telah dikenal pasti dan disahkan oleh pakar professional klinikal sebagai mengalami masalah yang mengganggu proses pembelajaran.

“……… Kanak-kanak yang berbeza dari kanak-kanak sederhana atau biasa (1) dalam ciri-ciri mental (2) keupayaan-keupayaan deria (3) dalam ciri-ciri saraf dan otot atau fizikal (4) dalam tingkahlaku sosial atau emosi (5) dalam keupayaan komunikasi atau (6) dalam pelbagai kekurangan sehinggakan ia memerlukan amalan-amalan sekolah yang diubahsuai, atau perkhidmatan-perkhidmatan pendidikan khas , supaya ia boleh berkembang sehingga kemampuan yang maksimum ”.

Kirk, S.A. et.al. “Educating Exceptional Children”, 1993

Apa Dia kanak-kanak Khas ?

………… “Kanak-kanak yang dari segi intelek, fizikal, sosial dan emosi tidak mencapai pertumbuhan-pertumbuhan biasa hingga mereka tidak dapat faedah sepenuhnya dari rancangan sekolah biasa “.

Chua Tee Tee, 1981

Apa Dia Pendidikan Khas ?

……… Pengajaran yang bercorak individu direka untuk memenuhi keperluan-keperluan pendidikan yang berkaitan dengan murid-murid kurang upaya. Pendidikan Khas yang menyediakan peluang-peluang pembelajaran yang tidak disediakan dalam kurikulum yang baku atau biasa atau perkhidmatan-perkhidmatan sekolah biasa “.

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS

Program pendidikan khas di Malaysia dilaksanakan melalui:-

  • Sekolah Khas
  • Progam pendidikan Khas Integrasi (pengasingan/inklusif)
  • Pemulihan Khas
  • Program Disleksia
  • Pendidikan Vokasional sekolah khas/integrasi(teknik/Vokasional)

KATEGORI PENDIDIKAN KHAS

Kanak-kanak yang berada dalam program Pendidikan khas adalah mereka yang menghadapi masalah untuk belajar di dalam aliran biasa. Terdapat tiga aliran :

  • Masalah Pembelajaran
  • Masalah Pendengaran
  • Masalah Penglihatan

Falsafah Pendidikan Khas

Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Kejayaan orang-orang istimewa

Setiap orang mempunyai impian dan cita-cita tersendiri. Jika diberi peluang pastinya mereka dapat meneroka dan memperkembangkan minat masing-masing. Dengan minat yang ada, sudah tentunya ia akan membuahkan hasil dan menampakkan kejayaan. Ini sudah pastinya meningkatkan motivasi dan kepercayaan diri dalam diri individu.

Mungkin anda sebagai ibu bapa mempunyai impian melihat anak –anak anda menjadi pilot, doktor, peguam dan menjawat jawatan yang tinggi. Persoalannya apakah jawatan tersebut sesuai dengan kemampuan anak anda yang mempunyai sifat-sifat yang terbatas? Namun begitu, anda seharusnya tidak berputus asa kerana meskipun mereka dilahirkan dengan keadaan yang tidak sempurna, mereka masih dapat mengecap nikmat kehidupan dengan gembiranya. Apa yang penting, kepuasan dalam bidang yang diceburi mengikut minat masing-masing.

Meskipun golongan istimewa mempunyai kebolehan yang terbatas, ibu bapa seharusnya memberi kepercayaan dan galakan kepada mereka dalam apa jua bidang yang mereka ceburi. Dengan pendidikan dan latihan yang sepatutnya, orang-orang istimewa mampu beroleh kejayaan. Sejarah telah membuktikan, golongan istimewa juga mampu melakukan tugas seperti orang lain malah kadangkala lebih baik lagi!

credits goes to http://ppdlms.edu.my/pk/

Thursday, May 21, 2009

Warga Kerja Pend. Khas SKSV 2009




serba ringkas info mengenai kami......

Pada awal tahun 2008, merupakan permulaan pembukaan Program Integrasi Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran di SK Slim Village. Tanggungjawab ini diserahkan kepada Cikgu Raini [berpindah ke SK datuk Kelana], kemudian diambil alih oleh Cikgu Adila sebagai penyelaras dengan bantuan seorang PPM-Cik Sofia .

Pada separuh tahun kedua, editor dan cikgu Gomathi ditempatkan di sini. Manakala pada awal tahun ini 2009, kami menerima 1 orang lagi guru iaitu cikgu Rosnani.....

PERTANDINGAN KAD HARI GURU TERCANTIK 2009


Bulan Mei adalah merupakan bulan Panitia Pendidikan Seni 2009.. Jadi untuk merealisasikan bulan tersebut maka pada 20 Mei 2009 ( Rabu ) telah diadakan Pertandingan Kad Hari Guru Tercantik ( sempena hari guru ) dikalangan murid pendidikan khas SK Slim Village . Berikut adalah tentatif program pada hari tersebut :

8.30 pagi : Pendaftaran Murid , Taklimat dan Pembahagian Kumpulan
8.40 pagi : SESI 1
Mewarna gambar pada kad yang telah disediakan mengikut kreativiti murid
dan dibawah bimbingan fasilitator
9.30 pagi : REHAT
10.30 pagi : SESI 2
Menulis ucapan untuk guru di bawah bimbingan guru
12.00 tgh : Penyampaian hadiah kepada pemenang
12.30 tgh : Bersurai

Berikut ada beberapa keping gambar untuk tatapan semua ....


PEMENANG BAGI KELAS PERSONA 1 DAN KELAS PERSONA 2


NORAZLIZA BERSAMA HASIL KERJANYA ..


PENYAMPAIAN HADIAH KEPADA PEMENANG KELAS PERSONA 1 DAN PERSONA 2

HASIL KREATIVITI PESERTA PERTANDINGAN

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua jawatankuasa yang menjayakan pertandingan ini . Semoga kita sentiasa menjadi satu pasukan yang HEBAT pada masa kini dan akan datang dalam melaksanakan tugas kita sebagai pendidik kepada ahli-ahli syurga ... Insyaallah ... Amin...

Lawatan ke Pulau Pinang-Kedah-Perlis

Pada 13-14/5/2009 pihak kami telah bekerjasama dengan SK Datuk Kelana, TAPAH untuk melakukan lawatan ke 3 buah negeri tersebut.
Penghargaan diberikan kepada En. Mohar sebagai penyelaras P.Khas SKDK dan Cikgu Rosnani yang telah berjaya merancang dan melaksanakan program ini dengan jayanya.
Moga kerjasama ini berterusan di masa akan datang.



1. bertolak dari SKSv



2. Suasana di dalam bas




3. tiba di SKDK dan berhenti di R&R Simpang Pulai untuk sarapan



4. di kawasan Jambatan Pulau Pinang.

gambar2 lain akan datang......

Tuesday, May 19, 2009

Program Orientasi dan Mobiliti 2009

Alhamdulillah program yang telah direncanakan telah berjalan dengan lancar pada 6 Mei 2009 yang lalu.
Program ini mendedahkan murid dengan pengalaman menggunakan perkhidmatan awam yang sedia ada. Maka pada tahun ini, kami telah memilih untuk menaiki keretapi shuttle dari Slim River ke Kl Sentral.
Program ini dianggap telah BERJAYA......





Saturday, May 16, 2009

catitan santai

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA

Alhamdulillah setelah melalui beberapa rintangan dan halangan, akhirnya lahir jua satu wadah khusus untuk menelusuri kehidupan murid2 pendidikan Khas terutamanya dari SK Slim Village ini.

Walaupun begitu, kemungkinan dari semasa ke semasa beberapa perubahan akan berlaku mengikut kesesuaian dan perkembangan terkini.

Apa yang penting kita semua ENJOY