Wednesday, November 18, 2009

at last school camping revived..2days 1night camping

2days 1 night Camping at SKSV

date: 30-31 oct 2009 (fri-sat)

The aim was to build leadership skill towards independence & self-confidence and to teach the basics of group skills for bettter social mannerism and survival.
Our 12 special students ,3 teachers ( our boss kak nani, ustaz farhan & myself) and sofia (PPM) were there as campers.

activities:
i) to set up tent camping
ii)ice-breaking
iii)indoor games-finding name & making trail & train
iv)cooking meals
v)outdoor games- field adventures






We spent some quality time with our darlings by organizing group games and fun activities through this camping.I believed that we did very well and kept the activities and games simple but fun for our students to participate.This was their very first experience and they were very effective in learning survival task which included every individual no matter how severe their disabilities.THUMBS UP






It was throughly enjoyable day in the spirit of camp out;our students seemed to have great time at the school level camp.





Thanks also goes to students from Politeknik Sultan Azlan Shah that participate in the program and assist the boys and girls......

Sunday, October 25, 2009

Sejadah Berdiri?? Nak Percaya ke Tak

Di ketika saya menulis artikel ini, di Malaysia khabarnya sedang agak hangat dengan peristiwa pelik sejadah ‘berdiri' di surau-surau. Mungkin disebabkan minat yang tinggi manusia kepada perkara luar biasa dan pelik, lalu hal ini menjadi tarikan media. Tersiarlah gambar-gambar sejadah berdiri di pelbagai akhbar dan media.

Surau yang terbabit menjadi penuh, orang ramai datang dari jauh dan dekat untuk melihat sejadah ‘berdiri', ya ‘berdiri' menunaikan solat? Wallahu'alam.

"mungkin ini teguran Allah kepada hambanya agar menunaikan solat" tegas seorang ustaz lepasan timur tengah, sambil mengangguk-angguk kepalanya, insaf barangkali.

"Ini tanda orang di sekitar surau terbabit tak solat, sampai sejadah terpaksa mendemonstrasikan apa yang patut dibuat" kata seorang pengulas semi profesional yang lain.

"Hebatnya islam, hingga ada sejadah berdiri" ada tak agaknya orang bukan Islam yang kagum dengan peristiwa ini sehingga boleh terpacul kata sebegini?

Memang benar, surau yang biasanya gersang dari pengunjung tiba-tiba menjadi penuh. Bertambah ramai kerana sejadah ‘berdiri'.

SAYA DITANYA

Biasanya saya tidak begitu meminati berita seperti ini, bukan ingkar atau menafikan, cuma Al-Quran itu sudah lebih dari ajaib untuk kita sebenarnya.

"Namun tidak mengapalah, ada sesetengah orang mungkin memerlukan yang lebih dari Al-Quran untuk beriman agaknya, seperti sejadah ‘berdiri', hmm pelik. Biarlah jika mereka ingin kagumi, asal akhirnya boleh kembali kepada Al-Quran." Tegas hati dalam saya bila terbaca satu tajuk berita di internet, tanpa saya minat untuk menekan dan membaca lanjut.

Namun satu hari, apabila saya ditanya berkenaannya dan diberikan link berita yang ditulis mengenainya. Tergerak pula hati untuk klik dan melihat gambarnya.

Subhanallah !

Saya tidak dapat menahan untuk senyum sejurus saya klik dan melihat gambar yang terpapar. Hati menjadi kurang selesa, minda laju berfikir. Saya memikir apakah yang telah jadi dalam pemikiran orang di zaman moden ini. Saya berfikir, adakah itu jenis ‘berdiri' yang dianggap hebat dan luar biasa?

Terus terang saya menjadi sedikit malu dengan gambar-gambar yang dipaparkan.

Mungkin anda tidak bersetuju dengan saya, anda bebas, namun saya tidak dapat memaksa hati dan minda saya untuk menerimanya sebagai keajaiban. Saya merasakan, agak ramai yang mentertawakan gelagat orang-orang surau yang mendakwa sejadah mereka ‘berdiri'.


PERTIKAIAN DAN MENJADI LAWAK

Saya mula terdengar lawakan orang. Pertikaian orang yang akhirnya akan memburukkan nama Islam dan penganutnya jua.

"entah budak nakal mana yang mendirikannya di waktu tiada mata yang melihat kecuali Allah, didakwanya luar biasa" kata sebahagiannnya

"Mungkin juga ada orang kampung yang berstrategi mempopularkan surau, kampung atau tempat mereka" seorang lagi memberi komen.

Sebelum ini saya membayangkan sejadah itu ‘berdiri' dengan tegak dan amat luar biasa.

Namun rupanya, ‘berdirinya' ia hanya seperti piramid sahaja. Jika itulah bentuk ‘berdiri' yang dikagumi, sejadah di rumah saya pun boleh ‘berdiri'.


Gambar : Ini pula adala dua sejadah di rumah saya di UK, yang berdiri (saya yang mendirikannya, ini sejadah yang dah lama, jika baru beli, lagi tinggi ‘berdiri', sama tak?)

Saya tidak menafikan bahawa memang tersangat boleh, kuasa Allah untuk mendirikan semua sejadah-sejadah itu. Tapi tidak semua perkara yang luar biasa wajar dikongsi kepada umum, kerana sebahagiannya akan menjadi bahan gelak ketawa dan back fire kepada Islam dan penganutnya sendiri.

Sebenarnya lebih elok, jika benar-benar ia ‘berdiri' sekalipun, cukuplah bagi orang yang nampak untuk memuhasabah diri. Bagi saya, sesiapa yang dapat melihat sesuatu keajaiban, dialah target utama untuk insaf, sedar atau bertambah taqwa. Kemudian, diamkan sahaja atau kongsikan bersama mereka yang amanah dan dipercayai sahaja.

Kaedah ini mengambil manfaat dari ajaran Islam iaitu bagi mereka yang mendapat mimpi baik atau buruk. Mimpi baik perlu dirahsiakan untuk diri dan hanya wajar dikongsi kepada orang yang hampir, amanah dan dipercayai sahaja. Jika tidak mimpi yang baik itu akan sengaja diputar belit sehingga membawa kesan negatif kepada empunya mimpi, akibat hasad dengki manusia di zaman ini. Manakala mimpi buruk jangan sesekali dikongsi dengan sesiapa pun, buangkan ia dari minda sama sekali, selepas beristi'azah dan meniup ke kiri sebanyak tiga kali serta menukar posisi baringan. Itulah yang diajar oleh baginda Nabi s.a.w.

Kepelikan di zaman ini bukanlah mu'jizat yang perlu dikongsikan kepada awam. Mu'jizat hanya berlaku di zaman Nabi s.a.w, Karamah hanya berlaku kepada individu yang soleh tanpa kehendak dan kawalannya. Keajaiban lain boleh dilihat pada alam semesta, itulah keajaiban, tubuh kita adalah keajaiban, maka jika masih perlukan keajaiban tambahan untuk dikongsi dan diwarwarkan. Dalami hal tersebut, maka manusia yang beriman dengan logik juga akan terkejut dan mengkaguminya.

Justeru, jika benar-benar ingin menayangkan kepada umum juga, pilihlah sesuatu keajaiban yang benar-benar sukar disangkal logik aqal, minda para pembenci Islam dan orang kebanyakan. Jangan sampai ‘keajaiban' yang disangka hanya sesuai menjadi bahan tertawa sehingga Islam dan penganutnya diperlekeh. Seperti keajaiban sejadah ‘berdiri'.

Kita semua bertanggungjawab menjaga nama baik Islam dan penganutnya. Jangan pula tersangat sensitif dan tinggi benar imiginasinya sehingga mendakwa sejadah itu sedang solat. Banyak lagi perkara lain yang perlukan sensitiviti umat Islam, namun asyik tidak diendahkan.

Saya menjadi lebih bimbang apabila umat Islam terlalu mudah mengagumi perkara pelik, kelak nanti mudah diperdaya oleh ajaran-ajaran sesat dan kepercayaan tahyul serta khurafat, lantaran kenipisan iman dan ilmu.

Sekian

Dipetik daripada laman web www.zaharuddin.net

Saturday, October 24, 2009

Husin Johan Azan

Pada 21-23 Oktober 2009 yang lalu, telah berlangsung Majlis Tilawah Al-Quran Pendidikan Khas Negeri Perak di Hotel HillCity IPOH. Daerah Batang Padang telah menghantar kontijen seramai 30 orang [28 murid dan 12 guru] untuk menyertai aktiviti yang ditetapkan. Kontijen ini diketuai oleh Cikgu Zambri dari SMK Tapah.

Senarai Sekolah yang mewakili daerah ini adalah;
-SMK TAPAH
-SK TOH TAN DEWA SAKTI
-SMK BIDOR
-SK SERI BESAOUT
-SK SLIM VILLAGE
-SK TANJONG MALIM

Pada tahun ini, daerah kita telah berjaya memenangi beberapa displin aktiviti iaitu:

JOHAN - AZAN BP RENDAH
NAIB JOHAN - BERCERITA BP MENENGAH
TEMPAT KETIGA - NASYID


dalam perjalanan ke IPOH


sampai awal, jadi penunggu di ruang lobi


malam pertandingan bermula


bersama Bos En. Amran.....




Ketibaan VIP YB Mohamed Zahir b. Datuk Abdul Khalid Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi Negeri Perak



perjalanan pulang...

Siapa lagi juara AZAN kalau bukan adik Husin kita.......TAHNIAH. Bagaimana ya nanti suasana di Peringkat Kebangsaan ????
Kita tunggu dan nantikan...

p/s kualiti gambar tidak begitu baik, harap maaf

Update....

Salam semua...
Hampir sebulan blog nie tak di kemaskinikan. Walau apapun, beberapa perkembangan yang menarik ingin dikongsikan bersama sekarang.
Ini adalah rupa terbaru kelas Pendidikan Khas dengan pertambahan ruang untuk dapur dan bilik air.







Dengan ini, hal ehwal pengurusan murid dapat berjalan dengan lebih lancar dan sempurna......

Saturday, September 19, 2009

Aidil Fitri Sudah Tiba....





Salam semua, setelah sebulan mengharungi ujian madrasah Ramadhan, akhirnya tiba jua saat untuk kita meraikan kemenangan dari segala sesuatu yang dituntut oleh Agama.

Sepuluh jari disusun mohon KEMAAFAN di atas segala kesilapan, kekasaran dan kekurangan yang ada pada insan yang kerdil ini.

Lama juga blog tidak dikemaskinikan, InsyaAllah selepas ini sikap berlengah dapat diatasi dan kita terus maju ke hadapan.

Sekali lagi untuk semua TAQABBALALLAHU MINNA WA MINKUM SALAM EIDUL FITRI

Friday, August 21, 2009

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan...



Kini telah tiba bulan yang dinantikan oleh umat Islam, iaitu bulan yang penuh dengan RAHMAT dan PENGAMPUNAN.

Jalanilah ia dengan hati yang gembira atas peluang yang diberikan ini, rebutlah segala peluang yang terbuka luas.....

Kami ingin mengucapkan SELAMAT DATANG WAHAI RAMADHAN 1430H kepada semua.

Saturday, August 8, 2009

Camping pOstpOndEd

title says it all,..one reason HINI..now all of sudden camping has been posponded.
letz pray to Almighthy God..may HE strengthen us n grant healing to those afflicted with H1..

Thursday, August 6, 2009

Perkhemahan dan H1N1

mengikut perancangan, perkhemahan pendidikan khas peringkat daerah akan diadakan pada hari Isnin dan Selasa akan datang ini [10-11.8.2009]. walau bagaimanapun, dengan perkembangan mutakhir ini akan penularan virus H1N1 yang menggemparkan, kemungkinan perkhemahan tidak akan dapat dijalankan. Tiada maklumat rasmi daripada pegawai khas lagi...

sesungguhnya kita mengharapkan yang terbaik, moga kesejahteraan dan keselamatan dan kesihatan ke atas kita semua AMIN......

Saturday, August 1, 2009

laugh of the day....hahaha....

Laugh before going to bed! - Good Nitez:)

A Bear, A Lion & A Pig

A bear, a lion & a pig meet.

Bear says: "if I roar in the forest, the entireforest is shivering with fear."

Lion says: "if I roar in the jungle, the entirejungle is afraid of me."

Pig says: "big deal.... I only have to cough, & the entire planet lives in fear."


source@labels : frm Dj mohd rafi , S'pore

Thursday, July 23, 2009

Kem Bestari Solat

Pada hari SELASA yang lalu, 21/7/2009 telah berlangsung Kem Bestari Solat Pendidikan Khas peringkat daerah Batang Padang yang diadakan di SMK Bidor.


Aturcara bermula pada pukul 8.30pg-4.30ptg. untuk makluman, ini adalah julung kali program seumpama ini dijalankan. Walaupun begitu, ia telah berlangsung dengan lancar dan teratur, TAHNIAH kepada semua warga P.Khas yang terlibat.






Kem ini adalah suatu pendedahan yang baik bagi murid2 dalam memantapkan lagi perincian dan kesempurnaan solat mereka. Walau apapun keadaan murid, apabila tiba masa dan ketika yang ditentukan pastilah kewajipan solat itu ke atas mereka....

Murid yang terpilih dari SKSV adalah Husin, Syafiq, Ija dan Puteri bersama guru iringan Kak Nani. Tahniah dan Berusahalah menjadi yang lebih baik dan terbaik.

Wednesday, July 22, 2009

Pengembaraan ke Jitra

Pada 13-16/7/2009 yang lalu, saya dan Mathi telah menyelesaikan program wajib anjuran IPGM Ipoh iaitu Bina Insan Guru yang diadakan di Paya Pahlawan Resort terletak di Jitra, Kedah.
Pelbagai pengalaman dan pendedahan yang kami terima, semuanya manis2 belaka. Sekadar untuk berkongsi akan kenangan di sana.....

Gambar dari kiri ke kanan:


1. "Keamanan" dari Ketua Unit
2. sebelum bertolak
3. berbual bersama "Ibu" Pn. Satariah
4. pandangan pada hari pertama di Paya Pahlawan


1. sebelum aktiviti meredah hutan
2. barisan fasilitator yang terlibat
3. ape yang dibuat tu???
4. mencari arah Kiblat


1. masak Maggi dalam hutan
2. Kem Komandan En.Hamzah (berbaju biru) bersama pegawai2nya
3. ermm sedapnye...
4. Mathi menunjukkan bakat


1. Pengajian Tamil
2. pemandangan pada pagi Khamis yang akhir
3. menjadi emcee untuk majlis penutup
4. bersama jemputan khas wakil IPGM Ipoh En. Salehudin B. Husein


Kumpulan KPLI-KDC Unit 2

Berdiri dari kiri: Firdaus, Maria, Pn. Satariah, Mathi, Hamidi, haini, Paan, En. Taufik(Jurulatih Darat), En. Yusry(Penyelaras Program), En. Norazni(Fasilitator), En. Hamzah, Haslini, Khuzaimah(Ketua Unit).

Duduk dari kiri: Marzidah, Farhana, Suria, Rafidah, Mazlinda, Azida, Salwina, Umi.

Bangunan Baru....

Segala puji bagi Tuhan yang telah memberikan rezeki bagi kami dengan penyediaan bangunan baru untuk mengisi ruang bilik air dan tandas. Akhirnya usaha yang telah direncanakan dari tahun lepas berjaya direalisasikan.








Dengan adanya bilik air dan tandas ini memudahkan kegiatan pengurusan murid dijalankan, kerana sebelum ini kami hanya berkongsi dengan tandas aliran perdana.

Bangunan ini sudah siap hampir 70 peratus.....

Friday, July 10, 2009

more pictures...








p/s: "The future depends on what we do in the present. - Mahatma Gandhi "


Heartfelt thankyou....


30th June 09.......
That was last day with our boss kak Dila and a totally melancholy moment for us.
As Kak Dila leave the role as penyelaras of PK SKSV, here is our farewell message:


"Thank you for sharing all of your inspirational work. We have been blessed richly by knowing you and working with you in this program integrasi pend khas SKSV..for last one year.Thinking back...Had a glorious time indeed.And this is a heartfelt thank you"


More pictures of farewell will be up on next blog. As of now have to run for lesson!

p/s:due to paucity of time..unable to update our blog for past few days.shall blog about our progress n etc soon


*Godspeed to Goodpeople*

Wednesday, June 24, 2009

Sedihnya....

Itulah yang akan terjadi...tinggal beberapa hari je lagi saya akan meneruskan perjuangan saya di SK Slim Village . Segala kerja keras telah saya dan rakan-rakan usahakan dalam membangunkan kelas pendidikan khas akan saya tinggalkan ... Sama juga keadaannya bila kita mati nanti Kan ?? Semuanya akan kita tinggalkan tanpa kita tahu bila masanya akan tiba . Tapi ni cuma pindah tempat kerja je..Tapi keadaannya mungkin tak sama kalo kita mati nanti .



Kepada anak-anak didikku ... Semoga kalian meneruskan perjuangan kalian dalam menuntut ilmu . Tak kira siapapun yang akan mengajar kalian . Jangan lupakan cikgu...



Kepada sahabat-sahabatku Kak Nani , Farhan , Mathi dan Sofia teruskan segala perjuangan mendidik dan mengasuh ahli-ahli syurga tanpa kenal jemu dan penat . Pastikan semua anak-anak istimewa kita merasai segala peluang . Hadapi segala keperitan dan kesusahan bersama anak-anak istimewa ini kerana itulah yang membezakan kita dengan guru-guru lain . Dan kita juga dah pasti apa balasan Tuhan buat kita seandainya kita melakukannya kerana Allah SWT . Teruskan perjuangan....teruskan...dan teruskan .....

Semoga ukhwah antara kita sentiasa mekar sepanjang hayat...Insyaallah...

Wednesday, June 17, 2009

Ape itu AKTA PENDIDIKAN KHAS

AKTA PENDIDIKAN KHAS

Akta Pendidikan khas Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979-1984

Perakuan 169 Laporan Jawatankuasa Kabinet lahir daripada perakuan

‘Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia ‘ pada tahun 1948. Laporan ini diperkukuhkan lagi oleh ‘ Deklarasi Dunia Tentang Penddikan Untuk Semua ‘ 1990 yang dibuat di Jomtien Thailand. Lanjutan itu lahirlah Seksyen 41 daripada Akta Pendidikan 1996.

Akta Pendidikan Khas

Akta pelajaran 1961 disemak semula dan digantikan dengan akta Pendidikan 1996. Satu bab khusus mengenai Pendidikan khas telah dimasukkan dalam akta tersebut yang menyarankan bahawa:

40.Menteri hendaklah mengadakan pendidikan khas di sekolah khas yang ditubuhkan di bawah perenggan 34(1)(b) atau mana-mana sekolah rendah atau menengah yang difikirkan oleh menteri sesuai manfaat

41.1 tertakluk kepada sub seksyen (2) dan(3) menteri boleh melalui peraturan-perturan menetapkan:

Tempoh pendidikan rendah dan menengah yang sesuai dengan keperluan murid yang menerima pendidikan khas

Kurikulum yang hendak digunakan berhubung dengan pendidikan khas

Kategori murid yang memerlukan pendidikan khas dan kaedah yang sesuai bagi pendidikan murid dalam kategori sekolah khas dan apa-apa perkara yang difikirkan oleh menteri suaimanfaatkan atau perlu bagi maksud topik ini.

Seksyen 40 dan seksyen 41 dalam akta 1996 dilihat oleh pelbagai pihak sebagai era baru dalam dunia pendidikan khas kerana Menteri Pelajaran di kehendaki membuka kelas jika ada permintaan daripada masyarakat. Akta ini juga memperuntukan kuasa kepada menteri untuk menentukan tempoh persekolahan dan kandungan kurikulum untuk keperluan pendidikan khas. Amalan pada masa ini kanak-kanak bekeperluan khas dibenarkan bersekolah sehingga umur 19 tahun.

Implikasi Akta Pelajaran 1961 dan Akta P endidikan 1996.

1. Pelaksanaan Pendidikan inklusif

Pada tahun 1962 kelas ini telah dimulakan bila 3 pelajar cacat penglihatan telah belajar di kelas biasa dengan bantuan guru khas resos. Pada tahun 1993/94 seramai 3 orang pelajar cacat pendengaran telah ditempatkan ditingkatan enam rendah di SMK(L) Methodist Kuala Lumpur . Sesi persekolahan 1994/95 bermulalah projek rintis 14 buah sekolah di Malaysia bagi program KKBP.

2. Kewujudan Jabatan Pendidikan Khas.

Bagi memantau Perjalanan Program Pendidikan khas selaras dengan akta pendidikan kerajaan dengan kuasa menteri telah menubuhkan satu jabatan yang membolehkan pelajar kurang upaya terbela dari segi akademik. Peluang belajar telah dilanjutkan keperingkat lebih tinggi selepas PMR dan SPM seperti ke Politeknik dan IPTA. Pada tahun 1999/2000 telah wujud peluang pelajar khas melanjutkan pelajaran dalam bidang vokasional melalui kemasukan ke Sekolah teknik dan vokasional. Wujudnya JPK memudahkan Kementerian Pelajaran menyalurkan bantuan kewangan.

3. Peluang Kerjaya dan Pendidikan

Terlaksananya akta ini membolehkan ibu bapa mendesak kerajaan menubuhkan sekolah khas sejak peringkat pra lagi. Bagi pihak kerajaan pula akta ini membolehkan seseorang pelajar khas yang belum bersedia ditolak penempatanya setelah tamat tempoh percubaan.

4. Pembentukan Kurikulum Fleksibel

Akta Pendidikan 1996 ( Bah.11/4) dan akta pelajaran 116 membolehkan pihak guru mengubahsuai kurikulum , kaedah atau teknik p&p mengikut kesesuaian dan kemampuan murid. Ini memberi peluang kepada guru membentuk dan mereka kurikulum vakasional dan kemahiran hidup diperingkat rendah dan menengah.

credits goes to my bos En.Anuar. check his blog http://anuarsped.blogspot.com/

Back To School

tidak terlalu lewat untuk ucap selamat kembali ke sekolah....
walaupun tidak dapat bercuti macam orang lain, 2 minggu di IPGM IPOH tetap SeronoK dengan bermacam2 karenah dan peristiwa bersama rakan pakatan perjuangan :-D



apepun SELAMAT BERJUANG....
kehidupan ini suatu pengembaraan, laluilah dengan tabah dan gembira.
ambillah langkah pertama untuk menjadi yang terbaik untuk diri sendiri, supaya yang lain boleh mengikutinya.....

p/s kami mengalu2kan kehadiran ahli keluarga terbaru di P.Khas ini; adik Muhammad Syafiq B Abd Wahid.

Tuesday, June 2, 2009

CUTI2 MALAYSIA....

Selamat Bercuti diucapkan kepada semua anak-anak kesayanganku ... Semoga bukak sekolah nanti kembali dengan penuh kecerian .



Kepada Cikgu Mathi dan Cikgu Farhan selamat berkursus...Cikgu Nanis Selamat Bercuti dan tak lupa juga kepada Kakak Kuya... Kerja rajin-rajin....

Kepada Nurin Nadia ..
Selamat Menjalani pembedahan dan cepat sembuh. Cikgu sentiasa mendoakan yang terbaik buatmu ..




Salam Sayang ...
Cikgu Dilla